Monday, 11 August 2014

5 Awesome Designs : Loft Bed Idaman qalbu~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera dearest!~

Hopefully semua dalam kondisi yang baik dan ceria sentiasa.
Hari ni OneNeeMitty(ONM) nak kongsi sedikit koleksi "loft bed" ataupun boleh dikenali sebagai katil loteng. Suasana di Malaysia tidak melazimkan pembinaan loteng/ stor atas siling rumah dalam setiap kediaman kita. Lagi-lagi pembinaan siling di kediaman kita beraras rendah dan pembinaan atap yang landai. Pembinaan rumah di negara berempat musim menyebabkan faktor pembinaan bumbung yang sendeng untuk mengelakkan pengumpulan salji di bumbung rumah mereka. 

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, jom layan koleksi2 loft bed yang ONM jumpa di layar internet.



 Cantik kan design katil di atas? Pasti cantik kalau dipadankan dengan cadar dari ONM ni. Kelas gitu! Gambar diperoleh dari sini. Sesuai untuk mereka yang dalam golongan remaja ni =D



Loft bed bertemakan oren garang ni sangat sesuai untuk anak2 gadis yang sukakan suasana santai dan selesa. Sumber dari sini. Wawah~~ kalau digabungkan dengan cadar ONM ni pasti terserlah keindahan bilik tidur sang puteri =)


Awesome-nya kalau dapat katil macam ni!! Mempunyai fungsi pelbagai guna pasti menjadi idaman sesiapa yang mempunyai ruang yang terhad. Mesti cuba ni! Gambar dari sini.


Katil ini merupakan idaman ONM dari kecil lagi sampailah sekarang. Berkenan sungguh nak dapat design loft bed macam ni. Pasti akan menjadi kenyataan satu hari nanti. In syaa Allah~ Ni yang rasa nak belajar bertukang pulak! He he he.. Yang pasti, kalau dikenakan dengan cadar dari ONM ni, memang menarik dan matching sangat2 lah dengan katil ni. Gambar diperoleh dari sini.


Haaa amekaw~~!!! Ha ha...tergantung terus kau! Menarik kan? Memang terbaik sungguh kalau dapat katil macam ni. Konpom nak golek2 je sepanjang hari kan? Seperti biasa, katil stail macam ni sesuai sangat kalau dipadankan dengan corak bunga2 vintage. Memang menarik hati semua yang memandanglah I cakap You!~ Sumber boleh didapati dari sini.

Setakat di sini dahulu perkongsian dari ONM. Kalau dapat kahwin dengan arkitek ni best jugak. Boleh mintak sang suami reka custom made punya furniture! Jumpa lagi di lain waktu! Assalamualaikum, adios! PEACE!

#pray4Gaza



No comments:

Post a Comment

My dearest sayang-sayangs~ (^^,)v